INFO UMK

CITY CAMPUS CARNIVAL UMK 2013

latih pelajar jadi usahawan




Program City Campus Carnival UMK 2013 anjuran Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan mendapat sambutan luar biasa daripada pelajar khususnya bagi pelajar di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan. Program yang berlangsung selama tiga hari itu telah berlangsung pada 14 hingga 16 November 2013.

Karnival yang dirasmikan oleh Naib Canselor UMK, YBhg. Prof Datuk Dr. Raduan bin Hj. Che Rose, adalah platform terbaik bagi berkongsi pengalaman dan memberi banya manfaat kepada para pelajar melalui pelbagai aktiviti menarik yang telah disusun sepanjang program berkenaan.

Selain itu, program ini juga adalah untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan para pelajar UMK supaya selari dengan misi universiti sebagai sebuah universiti keusahawanan.

Program ini melibatkan pelajar daripada tujuh program iaitu Sarjana Muda (Keusahawanan) Perdagangan, Pelancongan, Keusahawanan Kesihatan, Hospitaliti, Peruncitan, Logistik dan Perniagaan Pengedaran dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).

Pada karnival ini, pelajar didedahkan dengan aspek pengurusan acara, pembudayaan keusahawanan, pengurusan risiko dan kemahiran berkomunikasi.

Sementara itu, menerusi acara-acara yang dipertandingkan para pelajar dapat mengasah bakat selain memupuk semangat daya saing yang sihat. Program ini juga mengeratkan silaturahim antara pelajar khususnya pelajar-pelajar tahun satu yang baharu sahaja memulakan kehidupan kampus mereka sejak September 2013.

Pada karnival itu, sebanyak 47 gerai jualan dan pameran telah dibuka bertempat di perkarangan Kolej Kediaman, UMK Kampus Kota dengan 25 daripadanya melibatkan penyertaan daripada pelajar tahun satu yang menjalankan Minggu Keusahawanan sebagai sebahagian daripada penilaian bagi kursus Asas Keusahawanan (AFT 1013)

Sebanyak 17 acara dipertandingkan dan sembilan aktiviti telah dijalankan sepanjang tiga hari program ini berlangsung.

No comments:

Post a Comment